Isnin, 19 April 2010

Kembar Dipatan Berdua-duaan


Kembar Dipatan Berdua-duaan

Hasil Karya: Puteri Mahsuri

ANTOLOGI CERPEN


Pada suatu petang, dua orang kembar sibuk berlatih silat untuk memantapkan lagi latihan mereka. Si kembar 2 ini sibuk melatih adiknya kembar 3 sementara menunggu kehadiran kembar 1 walaupun si kembar 1 ni telah pesan supaya jangan tunggu akan dirinya untuk pulang bersama sebab mereka tinggal tempat berlainan tapi si kembar 2 dan kembar 3 ni nak tunggu sampai 1 jam 30 minit sambil berlatih silat di surau.

Apabila waktu pulang telah hampir, mereka pun berehat sebentar sementara menunggu jam 4:30 tepat. Tiba-tiba ada seorang guru lelaki (tak pasti dari sekolah mana) masuk ke surau kerana ingin menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. “Eh, kenapa kamu di sini?” Tanya guru tersebut kerana terkejut. Kembar 2 hanya beritahu yang mereka ni buat latihan tanpa beritahu latihan apa. Kemudian guru tersebut meneruskan kehendaknya ingin menunaikan solat Asar.

Si kembar dua orang ni terus berehat tanpa peduli sekeliling mereka sehinggalah guru tersebut selesai solat. Setelah guru tersebut selesai menunaikan solatnya, guru tersebut terus menegur si kembar tersebut (tanpa mengetahui bahawa mereka ni kembar tak seiras) bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh berdua-duaan walaupun di surau, Maka mereka pun diceramahlah sehingga akhir. Kemudian kembar 2 beritahu bahawa mereka masih menunggu seseorang tanpa memberitahu guru tersebut yang mereka sedang menunggu kembar mereka tapi guru tersebut seperti menganggap itu alasan semata-mata lalu guru tersebut meninggalkan si kembar tanpa mengetahui bahawa mereka ini kembar.

Setelah guru tersebut meninggalkan mereka, dua orang kembar tersebut terus berkemas untuk keluar dari surau tersebut. Kembar 2 berkata.“kau keluar kat sana, aku keluar kat sini.” mereka keluar dari pintu yang berlainan kerana mereka terfikir. ‘Ada betulnya kata-kata guru tersebut, mungkin kami akan difitnah membuat perkara negatif sebab ramai yang tidak tahu bahawa kami ini kembar tak seiras. Lagipun kami sudah atur supaya orang lain tidak tahu bahawa kami ini kembar.’ Bisik hati si kembar.

Selepas mereka sudah keluar dari surau tersebut, mereka berpisah kerana mereka tinggal tempat yang berlainan. Si kembar 2 ikut ibunya pulang dan si kembar 3 tinggal bersama ayahnya. Kalau si kembar 1 tinggal bersama kawannya dengan izin ibunya. Walaupun mereka tinggal tempat yang berlainan, tapi mereka tetap bersatu bekerjasama, ulangkaji bersama dan sebagainya. Mereka tidak kisah sudah tentang masalah perpisahan keluarga mereka tapi mereka tetap berdoa pada Allah supaya keluarga mereka bersatu kembali seperti dahulunya.